Ramai yang telah bertanya, dan lebih ramai yang akan bertanya, "Apakah kebaikan @ kelebihan jika saya menyertai Kelab ini?". Satu persoalan yang sering ditimbulkan - apakah kebaikan atau menafaat yang boleh diberikan oleh sesuatu organisasi kepada kita. Namun, tidak ramai yang berani bertanya sebaliknya - "Apakah kebaikan yang mampu saya berikan kepada sesuatu organisasi jika saya menyertainya?". Di kelab CliqueMe@cari, kami yakin dan percaya, setiap manusia, tidak kira usia, bangsa, agama atau latarbelakang, mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Dan di Kelab ini, kami ingin membuka peluang kepada semua untuk berkongsi kelebihan ini dengan seluruh warga Kelab CliqueMe@Cari. Meremehkan sesuatu, amatlah mudah, apatah lagi, mentertawakan orang lain. Kami akur, CliqueMe@Cari masih terlalu kerdil - namun tidak mustahil, kita yang kerdil ini akan dapat mencapai awan di suatu masa akan datang. InsyaAllah, jika semangat dipadukan, jika usaha kita gembelingkan tidak ada perkara yang tidak dapat kita capai bersama. Berteraskan cita-cita, marilah kita menyusun usaha agar kita dapat bersama-sama membina kenyataan. @Sendukmie YDP Kelab Ads@Aie
Make your own free website on Tripod.com